Sorry for the lack of updates. Lately I don't really know what to blog anymore.
Not just one or two of my friends started to think that something is going on with me cause it seems that I go back to my hometown quite frequently nowadays. I do have a few personal reasons why I go back to Ipoh but one of the reasons I can't really share with you guys and I'm truly sorry. Not yet.
I know what you're thinking. And no, it's not what you think it is.
I'm not tying the knot. I'm not getting engaged. I'm not planning towards those kinds of things. Pfftt~~
But just let me share one of the reasons why I love spending my weekends at my hometown rather than my own place.
My hometown calms me down. I can forget about work and problems when I'm home. Even it's just temporary but it helps. Like, a lot. I've been under a lot of pressure lately with my work and personal issues, sometimes I feel like my chest is exploding. Thus I do not like spending my weekend here. I want to escape, I need to breath. Leaving Seri Kembangan is like the best treatment I could find. And I'm even thinking of leaving it forever and going back to where I belong.
And I know my parents are lonely. I don't have many siblings and we are all grown ups. Sometimes it breaks my heart thinking that I have not yet given them grandchildren for them to cheer up and play with. It breaks my heart whenever I see how bad they want one and yet I'm not even getting close to it. In fact, I can't even see the path that leads to a happy ending.
I feel like I'm in the wrong place. I'm going nowhere and I'm wasting my time. There's nothing left for me here and it's about time for me to leave. But how sure I am with what I feel?
Escaping from our problems does not solve the problems. But what if escaping is the only solution?
Marriage is like a never ending story for me. I had never been this straight forward, but frankly speaking I am worried with my ownself not to be able to love someone. I have tried so much and I couldn't even say yes and it's just so pathetic. I had done my best to give myself a chance but it's really really hard. My heart is like an icy cold river. I truly have no idea how long it's going to be like this.. and I already forget how it feels to love and be loved.
Oh perhaps I haven't found my Mr Right? I am fucking tired with this retarded excuse. So no, don't tell me that.
Tuesday, November 10, 2009
The slow growing pain.
Saturday, November 07, 2009
Monday, November 02, 2009
There is a piece of me that no longer exists because of you.
Just a short update. Boring pulak malam ni.. Nak tido tapi rasa belum nak tido. Tapi dah dekat kul 11 malam.
I expected today would be a very bad day at my office but turned out it was much better than last Friday where I almost got into a quarrel with my colleague. Biasalah bila dah banyak kerja, dan tensyen, dan menyampah.
Tapi Alhamdulillah dedua cool. Dan Allah permudahkan kerja aku hari ni, kerja yang aku rasa aku tak mampu nak buat langsung, boleh siap pulak in one day!!
Magik siot.
Syukurrr~~
Esok buat task baru. Harap-harap takde masalah. Lepas ni diorang nak hand over satu system tu untuk aku manage sorang-sorang. Bagus. Lepas ni, kalau aku dengki, tukar sikit setup aku akan jahanamkan satu projek dan company rugi ribuan ringgit. Mwahahaha.
Tensyen. Semua nak pass kat aku. Ingat aku taiko agaknya.
Right now I am hoping for something new. Something I need. Something I've been searching for so long. I want to move on and go back to where I belong.
Mudah-mudahan pintu rezeki untuk ku terbuka dan segalanya dipermudahkan. Amin.
Friday, October 30, 2009
Struggling with nightmares.
Sejak akhir-akhir ni, wisdoom tooth aku yang satu ni memberi sedikit masalah terutama apabila aku nak makan. I can still bear with the pain, but kadang-kadang rasa seperti bengong sedikit so aku decide untuk pergi cabut.
Maka semalam aku dengan berbekalkan azam yang jitu, pergilah menuju ke satu klinik gigi berdekatan dengan rumah ku. Untuk pengetahuan, aku tak pernah cabut gigi (kecuali masa kecik-kecik dulu).. tampal gigi pun tak pernah.
Lepas amik x-ray, dentist tu cakap no need minor surgery since takde tulang yang menghalang. Kalau ade, dia buang sikit je la. *gulp* So terus la nak cabut.
"Awak alergik ponstan?" dia tanya. Aku angguk je.
Then doc nak inject bius tu, aku tanya dulu, "Err..sakit tak?" Sebab aku selalu dengar orang cakap, bius tu sakit. Dia jawab, "Takpe, kita bius je dulu."
So ok, dia inject bius, aku tak rasa sakit pun. Tipu laa korang ni! Bikin cuak je. Rasa cam terbakar je la. Tapi takde laa sakit.
Lepas dah bius, dia tanya, "Nak kumur dulu tak?"
Aku yang dah kebas sebelah mulut ni respon, "Entah?" Sebab aku tak rasa apa-apa. I felt numb.
Dia gelak. "Ha sukati la nak kumur ke tak."
Aku pun kumur je la. Mak ai.. patut lah suruh kumur. Dah keluar darah rupanya. Apasal tak bagitau.. I kan first timer. Ngehh~
Pastu tiba-tiba time aku tengok sinki kecik tu, aku rasa cam berpinar-pinar. Aku tak fobia darah, itu aku sangat pasti kerana I used to be a blood donor, 7 times. Then aku rasa heartbeat aku makin lama makin laju. Wui.. aku gugup ke ni?
Pastu jari-jari aku tiba-tiba je menggigil, terketar-ketar. Aku dengan blurnya tanya doc, "Err... memang macam ni ke?"
"Maksud awak?"
"Apsal saya menggigil?"
"Hah? Awak stress kot. Rileks dulu."
I think I would be able to tell when I'm stressed. Aku perhatikan jari-jari aku. Uish.. macam kena nebulizer. Then, aku rasa mata aku makin sempit.. ehh...
"Err..saya rasa saya alergik la.."
"Hah?" Dia macam terloncat.
"Saya rasa satu muka saya cam dah swollen ni.. Ke memang macam ni?"
Dia terus cabut mask dan cakap, "OK. Saya tak boleh teruskan. Awak kena terus pergi hospital sekarang jugak. Jangan delay."
"Ha?" Aku pulak blur. Dia bangun dan pergi tulis nama ubat yang dia letak dalam bius tu, aku pun bangun dari kerusi. Wooo..melayang. Mujur aku tak rebah siyal. Terus aku pegang dinding.
Sementara dentist tu siapkan referral letter, aku start calling kekawan yang boleh tolong hantarkan ke hospital since dia tak bagi aku drive. Gila susah nak bercakap bila mulut dah kebas ni.
"Err..saya drive sendiri, boleh kan?" aku tanya dentist tu sebab aku tak pasti seteruk mana allergy ni akan jadi.
"Tak. Tak boleh. Awak call kawan awak atau sesapa sekarang jugak." (Ha terima kasih ye, Shidi. Jasamu dikenang.)
"Ok."
"Jangan garu!" dia tegur bila aku dah start garu-garu muka yang makin gatal.
"Tak tahan..." aku mengeluh.
Sampai hospital Serdang... ya Rabbi.. ramainya~~ Macam pasar.. Bising! Then aku terus dapat anti-allergy injection.. aku pun tatau apa menda, sampai dua botol. Aku dah tergaru-garu macam monyet masa tu.
"Kesian. Gatal ek?" MA tu tanya.
"Ha'a. Tapi ni mujur tak teruk la."
"Ini tak teruk??"
"A'a. Kalau saya kena Ponstan, memang tak serupa orang dah."
Dia gelak. "Makanan ade allergy?"
"Ada... Erm.. Ketam..." Aku cuba pikir.. Tp MA tu dah tergelak, "Kesiannya awak."
Lepas dapat injection, slowly kegatalan aku tu hilang. (lain macam je ayat)
Masa register, mamat-mamat kaunter ni boleh ayat-ayat pulak. Kata mata aku cantik la.. aku ni comel la. Aku rasa nak lepuk je. Tapi diorang ni kelakar la. Pastu salah sorang tu buat lawak. Belek IC aku.. Pastu tanya soalan. "Apasal dalam IC ni muka putih... Yang ni muka merah?" sambil tunjuk muka aku.
"Saya tengah alergik ni okk."
"Oh..hehe.. Patutlah."
Nak tunggu turn jumpa doktor tu adui hai. Lebih kurang sejam setengah aku rasa. Peritnya. Shidi dah kelaparan dah tu. Kesian dia. Bila nombor aku naik, terus "Yess!! Nombor aku wei! Cayalah!" macam kena loteri.
Bila dah consult doctor tu, aku tanya lah habis-habis. Especially soalan pasal camne aku nak tau aku ni alergik apa. Aku tak tahan la tiap kali consume ubat tu, baru aku tau aku alergik. Dia jawab dengan best sekali, "There's nothing you can do. You've to try and error."
Pastu dia kata boleh buat skin test.. tapi complicated procedure, so kat blah-blah Western, kat US ada. Duh.. takkan kat Malaysia takde! Dia suruh find out kat hospital swasta ke mana-mana. Tah pape. Takkan la tak ade.
Then doc nak inject satu lagi.. tapi ubat tu sleepy. Terus aku object.
Doc bagi ubat gatal dengan steroid. Masa pharmacist tu cakap 'steroid', aku terus "Hah? steroid?" Aku ingat salah dengar.
Fine. Dipendekkan cerita, pagi tadi kat ofis, aku makanlah steroid tu. Kena makan 2 biji, 3 kali sehari. Selang beberapa minit, aku rasa dada aku ketat. Sekali lagi, aku rasa heartbeat aku jadi laju. Macam nak terkeluar jantung.
"Ah sudahhhhh.." aku mengeluh sorang-sorang.
Mula lah aku batuk tak henti-henti sebab aku makin susah nak bernafas. Adoi, cuak..cuak. Ofismet aku yang duduk depan aku dah sound-sound, "Ayu, apsal awak tiba-tiba batuk teruk ni?" Ye tak ye, aku terus IM ofismet aku sorang lagi mintak bawak ke klinik.
Steroid pun aku alergik. Anti-allergy pun aku alergik, camne tu??
Haihh...
Semua gigi bongsu punya pasal. So sekarang nak cabut ke tidak? Apa kata anda?
Sunday, October 25, 2009
creeping in the doubt.
Bila Twitter dan Facebook diaktifkan, agak sukar untuk aku terus menulis di blog. They don’t exactly act like blogs, but I don’t know why I feel like they complete everything that I want to do online. Lol.
Alhamdulillah, baru-baru ni aku menerima berita baik dari pakar darah ketika last appointment hari tu. So boleh lah aku berkongsi sikit perihal kondisi aku ni.
Actually I was diagnosed by hematologist with Myeloproliferative disorder, sejenis kanser darah. Tu pun selepas hampir setahun turun naik hospital. Mulanya thrombocytosis je (terlebih platlet akibat tulang sum sum overproduced). Entah camna beberapa bulan yang lepas, hematologist aku cakap, aku ada MPD. Of course lah aku agak berat nak terima news tu. Boleh dikatakan, aku tak percaya pun sebab aku rasa aku sihat walafiat. Tapi bila doc suspect itu ini, aku terdiam je.
Masa mula-mula tau tu, aku jadi bingung. Betul ke aku ada kanser darah.. puncanya sum sum tulang. Dah macam cerita drama dulu-dulu. Pulak tu, MPD ni boleh membawa kepada leukimia.. atau stroke dan jugak heart attack. Konfiden pulak tu doctor ni.
Tambah-tambah pulak, aku ada kenal someone yang involve dengan fund untuk pesakit-pesakit leukimia dekat hospital tu. Dia nampak aku pergi medical check-up dan terus sound, “Are you sick? Is it leukimia?” Aku cam, woi mamat ni.. direct je. Aku cakap lah tak. Tapi dia jawab, “I know the nurses and I know which nurse normally handle which case. So, I’m just checking.”
Saja buat aku cuak! Eee..tensyen.
Pastu, bila aku buat blood test di Ipoh, kebetulan pulak result tu memang tak bagus. Orang lab tu tanya, “Would you like to see our doctor?” Aku cakap, “No, thanks.” Tapi dia tanya lagi, “Are you sure? Do you have your own doctor?” “Yes.” “Oh, then okay.”
So nak dijadikan cerita, lepas buat test itu ini dan jugak ultrasound untuk cek samada spleen dan liver aku membengkak, akhirnya aku dapat juga berita yang aku nak dengar. Berita yang selama ni aku rasa yang patut doc bagitahu awal-awal lagi.
“So okay, actually kami suspect bone marrow awak ada masalah. Tau bone marrow?”
“Sum sum tulang,” I sighed.
“Tapi dalam test yang baru ni, kami cek darah awak under mikroskop and found out something else. Platlet awak bentuk abnormal.”
“Ok.” I was aware about this so I was not surprised. Ovalocytosis.
“Disebabkan dia tak abnormal, maka jangka hayat platlet awak tak lama sebab dia senang pecah.”
Masa ni aku senyap je.. Apsal macam menyeramkan bunyinya.
“Tapi jangan risau lah… awak punya bone marrow takde apa-apa. Bila platlet awak senang pecah, sebab tu platelet count awak tinggi sebab computer reading tu detect yang pecah tu satu-satu platlet.”
Whatever. As long as it’s not cancer. Alhamdulillah… aku mengucap syukur.
“Betul awak takde rasa sakit apa-apa? Excessive bleeding ke..”
“Takdeee,” aku jawab. Bosan. Ni soalan wajib tiap kali appointment.
“Tapi kita tunggu satu lagi test result. Kalau yang tu pun ok, awak boleh discharge,” dia senyum.
Eee..rasa nak meloncat-loncat aku kat situ. Dah letih aku naik turun hospital. Dah setahun aku tunggu keputusan ni. Dah boring amik darah dan keputusannya macam tuuu je.
So I have hereditary elliptocytosis. Yes, my blood is still abnormal but that’s okay. :)
Apa pun, Alhamdulillah. I am cancer free!

